Salam sejahtera.
Bila sebut sahaja Insurans, pasti ramai antara kita fikir- masuk hospital percuma, atau pun bila sakit atau masuk hospital, dapat bil-claim.
Percaya atau tidak ramai antara kita masih lagi tidak memahami kepentingan Insurans. Malah kebanyakan rakyat Malaysia masih ramai yang tidak mempunyai polisi insurans peribadi dan rata-ratanya mengharapkan insurans syarikat.
Fatyn yakin kita semua bekerja membanting tulang setiap hari untuk dapatkan duit. Duit tu pentingkan kawan-kawan? mana taknya tak de duit, apa nak makan. Takat sembur air liur mana nak dapat beras, gula, kopinya, ya dak? Setiap hujung bulan, berduyun-duyun masuk supermarket beli barang dapor, baik kaum ibu mahupun bapa. Dah habis belanja, saki baki duit ada yang simpan dalam bank, mana yang fikir masa depan sikit duit lebih tadi mereka laburkan (Invest). Ini semua untuk apa? MASA DEPAN ya kawan-kawan. Siapa tak nak hidup selesa? siapa tak nak bersara dengan duit yang cukup? dah kalau tak menyimpan kang nanti emergency mana nak cari duit? yang paling penting semua orang nak rasa nikmat FINANCIAL FREEDOM.
Sebagai contoh (rujuk gambar di bawah), Ms A, seorang wanita yang berjaya, mampu menyimpan RM2000 sebulan, dalam masa yang sama melabur di ASB dan juga mempunyai polisi insurance penyakit kritikal dengan jumlah perlindungan RM54000. Secara kasarnya, Ms A yakin dgn persediaan yg telah dia sediakan.
Tanpa Ms A sedari, pening yang sering dia alami merupakan cancer yang telah disahkan oleh doktor. Bayangkan dgn kos pembedahan RM 500,000, mampukah Ms A tanggung semua perbelanjaan? Kos pembedahan satu hal, komitmen bulanan? macam duit api? duit air? duit rumah? ansuran kereta? loan ASB??
Anda fikirkan sendiri dgn simpanan, pelaburan, dan perlindungan insurans yang tak seberapa mampukah Ms A hadapi kehidupannya dengan tenteram? Disebabkan perlindungan insurans sedia ada tidak cukup utk cover kos perubatan, nak tak nak Ms A terpaksa keluarkan simpanan. itupun tak cukup, terpaksa pula keluarkan pelaburan. Dah apa yg Ms A tinggal untuk kehidupan yang akan datang?
Tiada pilihan lain Ms A terpaksa meminjam duit dari keluarga dan kawan2. Tapi cuba anda tanya diri sendiri, pinjam setakat seribu dua mungkin masih boleh bagi, tapi kalau dah menelan puluhan ribu, walaupun adik beradik, sanggupkah anda? Langkah terakhir yang Ms A mampu lakukan adalah public donation. Sanggupkah anda menayang muka di surat khabar meminta simpati untuk dapatkan bantuan?
Sakit yang kritikal membuatkan Ms A selalu ambil cuti kerja-MC, dek selalu ambil MC, syarikat terpaksa melucutkan jawatan Ms A, bila tak bekerja, sudah pasti tiada pendapatan, seterusnya tiada simpanan. Apa jadi dgn nasib Ms A?
Akhirnya, dek kerana kos perubatan yang tinggi, Ms A hanya mampu menunggu saat-saat kematian. Mahukah anda mengalami nasib seperti Ms A????
Nyawa adalah sesuatu yang berharga, kesihatan adalah sesuatu yang perlu dititik beratkan. Namun penyakit adalah suatu yang diluar jangkauan kita. Justeru itu, mahu atau tidak mempunyi polisi insurans yang LENGKAP itu PENTING.
Lagi lama anda berfikir, lagi besar kerugian anda.
Ingat kawan kawan, dalam hidup ini ada dua kepastian.
Pertama,
KITA PASTI AKAN TUA, Kedua
KITA PASTI AKAN MATI.
dan dua kemungkinan,
Pertama
KITA MUNGKIN SIHAT, tak mustahil kita takkan
SAKIT.
Kedua,
KITA MUNGKIN KAYA, tak mustahil kita takkan
MISKIN PAPA KEDANA.
Tepuk dada fikir sedalamnya, apakah persiapan hari tua kita sudah cukup? apakah yang akan kita tinggalkan buat keluarga sekiranya nyawa menjemput kita?
Jangan segan jangan malu, hubungi Fatyn untuk rundingan perancangan kewangan dan insurans anda.
Assalamualaikum.
Salam sejahtera.