Perlindungan WAJIB ADA dalam polisi insurans

Effbii | 0 comments
Assalamualaikum
Salam Sejahtera.

Pasti ramai di antara anda semua sudah ada polisi insurans peribadi. Namun cukup lengkapkah polisi anda??

Polisi insurans tidak akan lengkap tanpa perlindungan seperti dibawah:
  • Perlindungan nyawa- kematian/hilang upaya kekal 
    • Ini merupakan perlindungan asas dalam polisi insurans. Sekirannya pemegang polisi meninggal dunia, sejumlah pampasan akan dibayar kepada pewaris. Begitu juga sekiranya pemegang polisi hilang upaya kekal. 
    • Namun perlindungan ini tertakluk kepada syarat yg ditetapkan oleh syarikat insurans. Lain syarikat lain tawarannya.
  • Perlindungan penyakit kritikal.
    • Sekiranya pemegang polisi disahkan menghidap penyakit-penyakit kritikal seperti tumor, kidney failure, cancer dll, sejumlah pampasan akan dibayar kepada pemegang polisi untuk digunakan sebagai perbelanjaan harian atau menggantikan pendapatan yang terjejas.
    • Sbg contoh Prudential melindungi pemegang polisi daripada 36 penyakit kritikal (tertakluk kepada polisi pelanggan).
  • Perlindungan Kemalangan
    • Sekiranya pemegang polisi kemalangan dan hilang anggota tubuh badan sejumlah pampasan akan dibayar kepada pemegang polisi. 
    • Pastikan perlindungan kemalangan yang anda ada meliputi kemalangan kecil seperti jatuh tergelincir dll.
  • Medical Card
    • Medical card merupakan kad kesihatan yang menaggung kos-kos perubatan sekiranya diwadkan kedalam hospital. Ianya tertakluk kepada limit yang ditetapkan. Sila rujuk polisi anda.
    • Kebiasaanya penggunaan medical card tertakluk kepada hospital tertentu sahaja. Sbg contoh, Prudential Health Enrich Medical Card boleh digunakan disemua hospital swasta mahupun kerajaan.
  • Payor Benefits
    • Polisi anda tidak akan lengkap tanpa payor benefits, Sekiranya pemegang polisi disahkan menghidap penyakit kritikal, segala bayaran bulanan (Premium) selepas pengesahan doktor akan menjadi percuma seumur hidup.
    • Sbg contoh, Ms B disahkan menghidap breast cancer, polisi insurans Ms B menjadi percuma seumur hidup meskipun Ms B berjaya pulih sepenuhnya dan mampu bekerja selepas mendapatkan rawatan.
Kelima-lima perlindungan ini merupakan PERLINDUNGAN PENTING yang perlu ada dalam polisi anda. Sekiranya anda masih tercari-cari perlindungan insurans yang terbaik untuk anda dan keluarga:

jangan malu jangan segan, hubungi Fatyn untuk perancangan kewangan dan insurans peribadi anda.

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Oops! Forgot to put a label.

Author: Effbii

Date: Saturday, December 13, 2014

0 comments  | Leave a comment

0 comments to "Perlindungan WAJIB ADA dalam polisi insurans"

Post a Comment